ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA.
Memandangkan lame sangat dah tak update. Maka banyak lah nasi nasi basi, yang bakal aku cerite kan.
Maaf. Aku tau masih lagi bulan puasa, bukan niat untuk mengumpat. Tapi ini cerite untuk pedoman. Untuk penelitian.
Baiklah. Aku tau yang kau kau kau luar sane juga tau ade ramai yang diri dia sendiri tau yang diri sendiri tak puasa.
Faham? Tidak? Takpe.
Segala ketidakfahaman itu aku huraikan satu persatu.
Satu keadaan, jadi depan due mate.
Mari aku mulekan dengan cerite.
Sewaktu sembahyang Jumaat dilangsungkan di masjid berdekatan, sekumpulan orang melayu berpakaian lengkap kacak juge berbaju melayu bersongkok.
Dengan gahnya mereka mereka ini menunjukkan betapa suci diri mereka.
Kedai makan cina berhampiran jadi tempat persinggahan.
Hujankah untuk berhenti berteduh? Berfikiran positif pada mulanya.
Kemudian mereka mereka ini duduk. Mungkin duduk tompang untuk dengar khutbah. Dalam masjid yang sungguh ramai jemaah.
Pemikiran positif masih lagi tertulis di kotak minda cetek.
Kemudian salah seorang dari mereka mengangkat tangan. Mungkin cube untuk menegur jemaah yang lalu di situ.
Masih lagi berfikir positif. Lihat betapa bagusnya?
Kemudian datang lah seorang perempuan, berbangsa cina mungkin, dikeluarkan buku nota kecil dari poket sambil mencatat sesuatu? Perasaan musykil kini mula timbul.
Tidak lama kemudian, datang pula lelaki menghantar air.
Dimasjid sedang enak mendengar dendang azan kedua. Dan mereka dengan tanpa menoleh meneguk air di hadapan mereka. Mungkin mereka sangkakan sudah masuk waktu berbuka.
Tapi hari masih lagi terang. Apekah mereka ini rabun warna?
TAPI!
Kafir di sekeliling mereka tersenyum. Bangga mereka punya pegangan agama yang lebih teguh. Dan lebih kukuh. Bangga melihat si islam islam akhirnya runtuh imannya.
Apekah mereka bangga?
Ini satu lagi fenomena compang dan busuk yang aku lihat kini makin lama makin berjangkit.
Umpama virus yang membiak tanpa perlu persetubuhan.
Pernah korang lihat sesuatu atau terdengar dari sudut telinga kau kau di luar sana perbualan seakan akan ini?
A: Kau tau? Semalam aku baru lepas comolot dengan awek aku.
B: Ye ke? Itu je? Aku dah maen dah pun dengan awek aku.
A: Huish. Awek kau masih dara ke?
B: Ye lah. Aku yang pecahkan dara dia. HAHAHA.
A: Weyh C. Kau ngan awek kau macammane?
C hanya menggeleng. Tanpa perlu berkata si A dan si B mampu faham.
C: Eh tengok atuk tu. Mana cucu atau anak die? Tak de orang nak jag eke?
A: Tu lah. kesian aku tengok.
B: Kau tau tak pe.
C: Jom lah kite gi derma kat die.
A: Huish malu lah. orang tengok nanti.
B: Ntah kau ni. Malu doh. Gile ke? Nak gi dekat pun aku malu. Ngan pakai macam ni tibe tibe plak nak sedekah kat die.
Jadi. Ape pendapat anda tentang perbualan di atas?
Tak perlu aku terangkan aku rasa kau mampu paham.
AKU JAHAT, AKU HEBAT!