
Jangan kita mencari yang sempurna,
Tapi carilah orang yang akan menyempurnakan kita.
Kerana kesempurnaan itu tidak pernah ade,
Maka itulah jika kesempurnaan yang kita cari,
Kebahagiaan, kita takkan pernah jumpa.
Jangan cari kesetiaan, tapi cari lah kejujuran,
Kerana dengan mencari kesetiaan lah manusia selalu menangis,
Kerana kadang dalam kesetiaan,
Tiada kejujuran.
Jangan kita cuba cari yang lebih baik,
Kerana ingat lah, kita bukan yang terbaik,
Maka hargai lah apa yang ada di depan mata,
Kerana kadang kita tidak nampak kebaikan yang dia ada.
Tapi dia bisa melihat kebaikan kita.
Pabila kita tidak dapat apa yang kita inginkan,
Maka sayangilah apa yang kita ada.
Kerana kadang apa yang kita ada.
Ada apa yang orang yang kita inginkan tidak ada.
Kesempurnaan itu bukan datang dari seorang pihak.
Mestil punya satu lagi pihak untuk sempurnakannya.
kerana itu lah Allah jadikan manusia itu berpasangan.
Untuk mencari kesempurnaan dan keredhaan.
Kalau terdetik dihati kita untuk meninggalkannya,
Kerana atas dasar ketidak sempurnaannya,
Maka ingat lah akan kelebihannya.
Dan fikirkanlah tentang kekurangan kita.
Berbanggalah kerana dia menginginkan kita.
Walau dengan kekurangan itu.
Kerana mungkin setelah kita meninggalkannya.
Kekurangan kita itu mungkin tidak akan dapat di terima
Oleh orang yang lain yang kita fikirkan
Boleh buat kita bahagia.
p/s : Okey sekarang kau boleh muntah!

