Well. I ni aku nak bagi nasihat pada mana mana blogger yang punye tentangan dari si anonymous yang kadang kadang menyakitkan hati.
Well. Aku pernah pune anonymous stalker. Ramai lagi. And ade juge yang baik. Dan ade juge yang mulut dengan kencing same bau.
Well. Aku nak ceritekan kisah seorang ni yang kutuk aku kat blog die gile babi. Siap panggil aku pelacur BB lagi. Tapi tak de hal. Aku pro babe.
Yang mane die cakap. Yang betul tu aku amek. Yang sampah tu aku halalkan je lah.
Tapi nak tau satu bende? Lepas die kutuk kutuk aku. Die buat pulak satu post yang dalam post nye ade berkata seperti ini.
“Walaupun ramai yang baca entry ni.Tapi tak ade sape pun yang sudi nak follow blog aku ni.kenapa?kenapa?kenapa? T.T tak apa lah,macam ni la nasib orang tak hensem/gay/cute kan.Terima je la (touching mengedik).Walaupun sambutan menggalakkan sampai orang dari moscow pun baca,Tapi aku terasa serba salah pula sebab aku bagi link "makcik" tu kat FB.”
Jeng jeng jeng. Lihat tak? Sebab kan post nye itu. Yes. Mungkin dapat banyak sambutan. Tapi tak de orang yang follow die mahupun kembali baca blog die.
Pasal ape? Pasal tak de orang yang suke musuh dalam selimut.
Walaupun die dok ajak askar die pegi blog aku maki maki aku. Tapi aku dah kate aku pro kan. Jadi aku tak nak lah bagi link die kat korang. Tak baek mngaibkan orang. Betul tak?
The thing is kat sini. Aku nak cakap kat korang. Dalam dunia ni. Kite tak boleh nak buat semua orang suke kan kite. Jadi just go with the flow. Tak payah amek hati sangat. Sebab biasenye yang kutuk kutuk orang ni. Bukan ramai sangat pun orang bace blog die.
Die just cari bende untuk kutuk nak bagi up traffic je. Pfftt.
Tapi ingat. Setiap yang yang buruk itu pasti ade baiknye.
Thanx to this guy. Aku kini kurang berbahasa kasar di blog aku. Thanx to this guy. Aku mule berjaga jaga dalam penulisan aku.
Jadi kawan kawan. Kalau ade anonymous stalker. Jangan cepat melatah. Just go with the flow. Amek yang jernih. Buang yang keroh.
Macam aku. Aku siap follow lagi blog budak tu. Tapi aku rase die macam dah block aku. Malu sendiri mungkin. Ntah lah. Aku okey je nak berkawan. Tapi die yang tak nak kan. So abaikan je lah.
Dan pada guy yang kutuk aku ni. Aku nak cakap. Tak payah lah plagiat entry orang. Tak tak. Die tak plagiat entry aku. Tapi die plagiat entry orang laen.
Dan kalau nak ramaikan follower. Lebih pada beramah mesra berbanding dengan mengutuk sana sini oukeyh. Tapi aku lebih nasihatkan tak payah kejar sangat follower.
Aku pun tak lah seramai mane pun follower. Tapi aku try jadi yang terbaik dari yang terbaik.
Pade yang punye anonymous follower. Korang just go with the flow okeyh. Jangan marah marah.
Yang buruk itu pasti ade indahnye. So cari mane indahnye oukeyh. Jangan risau. Kalau anda ade anonymous follower. Maknenye blog anda tu turut ramai lah yang jenguk jenguk kan.
Akhir kata. Ampun maaf dipinta. Kalau ada tersilap kata. Perbetulkan saja. Tak perlu mengata.
Geng eh!