merekalahPengikutnya

PENEKANAN!

Semua perbicaraan adalah pandangan individu. Sekiranye ade yang mengguris hati mana mana pihak, atau terlancang bersepah dalam mane mane post, maaf di pinta. Ini hanyalah coretan si gadis kechil!

Letak kan link post blog korang di CBOX untuk aku follow okeyh!

Wednesday, October 6, 2010

Laut Masin Kenapa? Asal Usul Kajang?

Pegi Sunway Pyramid Ouh bersame Si Fiffy dan Si Anep!

Ouh! Terbaek wok!!!

Aktiviti pertame?? Kami berbowling!

Due game sekali maen! Best! Yeah! First game ofcourse aku kalah.
Tapi what the hack. Game kedue aku menang!! Well tak lah menang mane. But I beat Anep!!

Hahahaha. High five! Cayalah pade aku. Tepuk bahu sendiri ye kawan!

Nape aku suke? Ouh second game aku mengorak langkah ngan hebat babe. Hahahaha.
3 kali babe aku strike. Sebenarnye tak lah tige kali sangat. Tapi kire hebat jugak lah kan..

Ouh. Second game aku nye score is 98. hahaha. Lebih lah 50.
Alasan Anep : Kuku aku patah lah. Jari aku dah saket. Kalau tak aku leh strike je lah.
Alasan Fiffy : Mata aku sakit. Tak leh bukak semua. Aku tak nampak. Kalau leh. Kompem aku strike!
Alasan Aku : Aku kurus sangat. Angkat bola pun tak larat.
[okey aku sedar macam takde kene mengena sangat. So?? Ade ape hal?? Hahaha]

Score untuk first game? Ntah. Tak tau. Tak ingat. Tak nak ingat. Hahahah.

Then pegi makan A&W. tau dah berape lame aku tak makan A&W????
Lame sangat lah senang cite kan.

Ouh! Die letak float kat atak cashier counter.
Then kami bertige. “Uish!!!!!” Batak batak!
Hahaha
Tapi ape kami peduli. Selagi aku dengan mereka. Sume bende buruk jadi baik ma!
Hahaha.

“What a real bestfriends are. A real bestfriend is the one that know how crazy you are and still want to be seen with you in public,”
Quoted from Aren. [Ouh! Rindu same kau]

Well, bagi aku they are the one. Okey not the one lah. The two! Hahaha.

Then tengok wayang. Best! Siyes best!

Tengok – Gelak – Tido – Tengok – Sedeyh

Then balik! On the way balik ade due cerite aku dengar!



Cherita pertama!
KESAH BAGAIMANA LAUT BOLEH MASEN


Pada zaman dahulu kala. Terdapat seorang pemerintah yang baik, sopan, berbudi pekerti bernama Tun Ayn Seri Junjung, mempunyai sebuah beg yang ajaib. Beg itu mempunyai kuasa menunaikan segala permintaan manusia.

Seperti manusia zaman kini juga, manusia zaman dulu turut mempunyai perasaan hasad dengki yang kuat! Pada zaman itu, Tun Ayn Seri Junjung melantik seorang perdana menteri yang dikenali sebagai Bendahara Fiffy Mata Sebelah. Tanpa pengetahuan Tun Ayn Seri Junjung yang polos itu, Bendahara telah pun membuat satu perancangan jahat bersama anak buah nya Anep Si Kuku Patah untuk membunuh Tun Ayn Seri Junjung yang cantik lagi berbudi pekerti untuk merampas beg tersebut.

Setelah berbulan perancangan diadakan. Akhirnya Bendahara Fiffy Mata Sebelah dan Anep Si Kuku Patah berjaya membunuh Tun Ayn Seri Junjung yang baik dan malang itu. Dan beg keramat itu berjaya mereka rampas.

Pada suatu hari Negara mereka telah kehabisan garam. Maka Bendahara Fiffy Mata Sebelah itu meminta kepada beg keramat tersebut akan garam yang banyak. Kebetulan ketika itu, mereka dipukul ombak yang besar dan beg itu hanyut [Tulah. Tun Ayn Seri Junjung tu berdaulat!]. Hanyut hingga kedasar laut.

Oleh kerana permintaan itu tidak di hentikan, maka beg tersebut terus menerus mengeluarkan garam. Dan laut pun kini menjadi masin akibat dari garam yang tidak berhenti keluar dari beg tersebut.


Pernceritaan asal oleh Muhamad Haffiffy.
Di olah oleh Ayn Si Gadis Kechil.



Cherita Kedua!
ASAL USUL NAMA KAJANG


Dahulu kala terdapat seorang laksamana yang di gelar Laksamana Kuku Patah dan seorang ketua puak orang asli Mataku Sepetneyh Sebelah.

Pada zaman dahulu kajang bermaksud berehat atau bersantai oleh kaum melayu manakala pada kaum orang asli pula kajang bermaksud bunuh membunuh.

Sedang mereka memburu bersama sama, si Laksamana Kuku Patah berkata kepada Si Mataku Sepetneyh Sebelah “Ayuh kita berkajang,”

Secara tiba-tiba, ketua puak orang asli yang digelar Mataku Sepetney Sebelah terus membunuh Si Laksamana Kuku Patah.

Dan melalui peristiwa itu lah Pekan Kajang mendapat namanya.


Perceritaan asal oleh Plag di Tasik Chempaka, Bangi.
Di olah ole Ayn Si Gadis Kechil.

9 Jenis Perempuan Yang Tidak Disukai Lelaki! (ade aku kesah? hahahaha)

PERANGAI PEREMPUAN YANG LELAKI BENCI!!
[Macam menggelabah kan? Tapi tak pe. Kite layan kan. Zasss.]


1. Boyish(Awat awek aku kasar semacam ni? Seksa
aku taw! )


>Selalunya perempuan seperti ini, dia dah
terdidik daripada kecil menjadi perangai yang "agak" kasar secara semulajadi.
Mungkin sudah kematian ibu sejak kecil, jadi tinggal dengan bapa. Tapi ada juga
perempuan yang selalu saja kawan dengan lelaki sampai lupa sifat-sifat yang
perlu dia ada sebagai perempuan. Tapi, ada juga lelaki yang suka perempuan
kasar.


2. Kuat Mencarut

>>Lelaki pun
tak suka perempuan yang kuat mencarut. Mencarut tu melambangkan attitude kita
dan juga cara didikan ibu bapa di rumah. Okay I admit, I dulu suka mencarut!
hahaha. Dulu saja okay! :P , . ! Tapi bukan semua lelaki mencarut kan. Ada juga lelaki
yang baik. huhuhuh :P:P

3. Kaki Kikis ( Oii kau ingat aku ni boyfriend cop duit ke hah??!! )

>> Hahahahahaha! Ada juga perempuan
macam tu,so, lelaki kenalah pandai cari perempuan
yang bukan hanya nak merncukur bulu ketiak mereka!! Tetapi mencintai mereka dengan apa adanya pada mereka. Hohoho jiwangnya :P


4. Perempuan Tidak Tahu Bermanja ( Bilalah kau nak manja-manja dengan aku ni? )

>>mcm mne punye orang pon.sebagai ponpuan,mereke harus la mnpunyei skill manje2 nih.. hahah~


5. Cerewet ( Haih menyampah betul la dengan perempuan ni! )

>> Lelaki tak suka dengan perempuan macam
ni. Hahaha. Ni tak boleh, tuh tak boleh! Habis apa lagi yang boleh? To dudes, bersabar saja lah yea, try tukar perangai wifey korang tu. Chaiyokk!


6. Lelaki saja yang kena "text" dulu ( Asyik aku je dulu meseg dia! Hampehhh betul ! )

>>xsemistinyer laki yg kene msg ponpuan dulu.. Pompan pun mengorak langkah dulu lah kadang kadang.


7. Belangkas ( Rimas lah I asyik-asyik nak berkepit! )

>> To Girls, even korang sayang mana dekat
lelaki, setinggi gunung sekalipun, jangan cuba buat diorang rasa rimas sebab
mungkin perasaan sayang lelaki dekat korang akan berubah menjadi bosan sebab
korang asyik nak berkepit ja dengan dia! Ingat taw! Hahhh, lelaki pun sama!
ececehhh :P:P


8. Memaksa ( Helloo, I suami You ke nak kena ikut semua arahan you?! )

>>Selalunya girls memaksa ada sebab,
tapi biarlah berpada-pada. Lelaki sangat-sangat tak suka tahu?SANGAT SANGAT SANGAT TAK SUKE :P


9. Ego ( Please la turunkan sikit ego you tu! sikit pun jadi lah I merayu )

>> Hahahah. susahkan dapat
girl macam ..hahaha..tpi,Ego adalah satu perkara yang penting juga kadang-kadang supaya
kita tak mudah nak dipijakkan kepala oleh someone yang bermakna.


***************

So korang yang mane? Kalau aku mungkin 1, 4, ngan 9. Hahahaha. Tapi so what. kite bukan hidup kat dunia ni semate mate nak bagi lelaki suke kat kite kan? Kite leh je hidup walau lelaki tak suke. Hahaha. Wanita kan hebat!


p/s : A thousand thanx to Haniff Ting Tong. This is belong to him. Hehehe. Aku tak kesah sebab aku tau macammane pun aku kau tetap sayang aku kann??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...